Jumaat, 8 Januari 2016


Assalamualaikum,
selamat berkenalan buat semua,
pertama kali bersaran di kuali nipis, pada dasarnya tujuan blog ini di buat sekadar menimba ilmu dan mencari kawan-kawan baru dari segenap pelusuk rantau dan negara, zaman telah pun berubah dari hari ke hari, masa kian mencemburui kita, 24 jam sehari seperti mana kita laui semakin tidak mencukupi, bila mata terjaga di keheningga pagi, daun-daun masih lagi kuyup di basahi embun yang putih lagi lagi jernih 

di celah-celah kedengaran kicauan burung yang sama-sama bangun mencari rezeki. walaupun catatan ini di tulis pada petang yang redup lagi indah, tetapi terasa semangat pagi tadi masih lagi segar di ingatan, itulah suasana pagi, ramai yang mengharap dan berdoa di pagi hari agar hari yang di lalui terus berada dalam kebaikkan, kemudahan, dan kata-kata azimat menjadi penggangan, dan doa pagi semalam pun masih di ruang ingatan, hurmmm,,,,,,
mungkin sampai di sini dahulu sebagai kata-kata pembukaan, dengan harapan dapat menambah lagi ramai kenalan, menimba ilmu dan pelbagai pengalaman, demi memenuhkan masa dan impian.

suasana kampung menjadikan inspirasi dan sebagai pembakar semangat,,,,,, cantik kan......
terima kasih kepada penyumbang gambar di atas.